Tuesday, June 16, 2015

Gerak Muafakat Ekonomi Komuniti Maya Anampuloh.Org

Gerak 60

kami percaya kami telah mencipta plan yang paling mudah dan ianya adalah yang paling menguntungkan yang pernah dicipta. Apa yang anda perlukan ialah membuat pemberian SEKALI sahaja sebanyak RM60 yang perlu anda berikan kepada Pengenal anda.



Gerak Anampuloh  ialah satu sistem inisiatif untuk mengajak orang ramai  menyertai satu komuniti yang berteraskan permuafakatan dalam hal-hal yang melibatkan ekonomi, kebajikan mahupun keperluan kepada sesuatu bebanan 

Matlamat pergerakkan ini ialah untuk membina satu komuniti yang mahu mengubah cara berbelanja daripada sistem berhutang kepada sistem kongsi, simpan dan beli

Pendekatan yang digunakan ialah Ekonomi Permuafakatan. 
Maksudnya, hanya dengan bermuafakat kita boleh mencapai tahap ekonomi yang sukar dilakukan secara berseorangan.

Ini dapat dicapai dengan adanya "sistem" yang menyokong kaedah ini.



"Setiap seorang di antara kita mempunyai keupayaan kewangan yang terhad. Tetapi, sekiranya keupayaan yang terhad ini digabungkan, ianya akan menjadi satu kekuatan yang luar biasa".

Sasaran permulaan pergerakkan ini ialah mereka yang menyedari akan pentingnya hidup tanpa hutang dan diikuti oleh mereka yang tidak mempunyai peluang untuk membuat pinjaman besar seperti kereta atau rumah disebabkan kedudukan kewangan mereka seperti; 

                   

  1. Telah disenaraihitam,
  2. Tidak mempunyai penyata pendapatan seperti slip gaji atau penyata KWSP,
  3. Telah melebihi had (pendapatan/umur) untuk membuat pinjaman baru dan sebagainya.
Apakah alternatif yang ada kepada golongan ini? Menggunakan pihak ketiga untuk membuat pinjaman, itupun kalau ada yang sudi nak pinjamkan nama.

Gerak Muafakat ingin menyatukan sesiapa sahaja yang termasuk dalam golongan ini untuk memulakan inisiatif yang dinyatakan di atas.

Usaha telah dimulakan dengan menubuhkan sistem on-line yang bersesuaian dengan keperluan semasa tanpa memerlukan mereka yang menjadi ahli mengeluarkan bayaran yang tinggi.

Dalam erti kata lain, Gerak Anampuloh telah memulakan  Muafakat serta perancangannya dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat tinggi seperti membeli rumah dan kenderaan tanpa pinjaman.


Bayangkan, secara berperingkat, mengikut kaedah mana anda bermula,anda kemudiannya boleh memiliki motosikal, kereta, menghantar anak belajar di peringkat paling tinggi dan kemudian memiliki rumah dan melancung mengelilingi dunia bersama keluarga tersayang. Semuanya dengan kekuatan bermuafakat yang tidak melibatkan sebarang aktiviti perniagaan.

Walaupun Gerak Anampuloh sistem Muafakat bukan perniagaan, ahli digalakkan untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan untuk menambah aktiviti dan edaran produk yang boleh dibeli oleh ahli yang lain.

KOS KEHIDUPAN YANG SEMAKIN MENINGKAT AKAN MENGAKIBATKAN

Berapa ramai ahli keluarga / kenalan kita yang;
1. Disenarai hitam?
2. Telah muflis?
3. Sedang menanggung jumlah hutang yang besar?
4. Belum bekerja tetapi telah menanggung hutang PTPTN?
5. Dan apa sahaja kesempitan berpunca daripada kewangan.

Sekiranya anda juga berada dalam situasi yang sama;
1. Anda boleh teruskan usaha yang dilakukan untuk keluar dari masalah itu DAN / ATAU
2. Anda juga boleh menyertai satu GERAKAN yang berusaha SECARA BERKUMPULAN untuk MENGUBAH cara kita menggunakan kewangan yang TERHAD.

Gerakan global ini dinamakan;
1. Solidarity Economy,
2. Economic Democracy,
3. Population Economy,
4. Sharing Economy dan beberapa istilah lain.

“GERAKAN GLOBAL YANG BERMULA HASIL DARI KRISIS EKONOMI YANG MELANDA USA, GREECE DAN DIGUNAPAKAI SECARA MELUAS DI NEGARA - NEGARA SKANDINAVIA”

“KRISIS YANG MELIBATKAN KERUNTUHAN INSTITUSI KEWANGAN HASIL DARI TINDAKAN YANG KURANG BIJAK SEHINGGA PELANGGAN / RAKYAT MENANGGUNG KERUGIAN”

PERSOALAN:

Sekiranya pelanggan tidak membayar pinjaman, bank ambil tindakan sehingga pelanggan diisytiharkan muflis oleh mahkamah.
Apabila pengurusan bank gagal mengurus deposit pelanggan sehingga menyebabkan bank muflis, apa yang boleh dilakukan oleh pelanggan?

Persoalan ini telah menyebabkan banyak pihak berfikir semula dan memulakan pelbagai diskusi untuk mencari ALTERNATIF kepada sistem perbankan kapitalisme.

sistem yang sama digunakan di Malaysia. Sistem yang berat sebelah dan hanya berpihak kepada bank dan pelanggan tiada pilihan untuk membuat tawaran balas.

 

Bagi yang menguasai Bahasa Inggeris, banyak artikel yang terdapat di Internet yang membincangkan topik ini sehingga kini dijadikan bahan kajian untuk mahasiswa di peringkat sarjana di Presidio Graduate School's MBA program. Antara tajuk yang digunakan ialah Gifting, Collaborative Consumption dan Sharing Economy. Lynn Twist dalam bukunya Soul of Money juga banyak memperkatakan tentang isu permuafakatan ini.



Kemiskinan adalah Musuh kita!  

"Belas kasihan yang ikhlas adalah lebih baik daripada mencampak syiling kepada peminta sedekah. Ia datang untuk menilai semula punca sebenar yang menghasilkan pengemis dan perlu penstrukturan semula. Revolusi sebenar untuk melihat nilai-nilai lama yang mendedahkan sesuatu yang buruk di sebaliknya perbezaan kemiskinan dan kekayaan. 

Ini adalah saat  revolusi. Di serata dunia, orang semakin ramai  memberontak terhadap sistem lama yang mengeksploitasi serta menindas, dan dari  luka-luka dunia yang uzur, sistem keadilan dan kesaksamaan yang baru dilahirkan. 

Satunya harapan kita hari ini terletak pada keupayaan untuk menawan semula semangat revolusi dan keluar ke dalam dunia yang kejam untuk  mengisytiharkan perang yang kekal kepada kemiskinan. " .    
  
Paradigma (3)  
Satu set andaian, konsep, nilai dan amalan yang merupakan cara melihat realiti masyarakat yang berkongsi andaian tersebut. 

William Blake (penyair dan ahli falsafah abad ke 18) merumuskan dengan sempurna dalam ayat-ayat  yang berikut daripada puisi epik 'Jerusalem' di mana dia berkata:  
"Saya mesti Cipta Sistem, atau diperhambakan oleh manusia lain, saya tidak akan beri penjelasan atau membuat Perbandingan; urusan saya adalah untuk menCipta."
  
Pengarang Robertson Davies lebih kasar dan jujur dalam bukunya 'The Trilogy Deptford' (p477), apabila dia berkata: 

"Pastikan untuk memilih apa yang anda percaya dan tahu mengapa anda percaya, kerana jika anda tidak memilih kepercayaan anda, anda sudah barang pasti ada kepercayaan yang tidak semestinya yang baik, akan memilih anda."  

Semua yang dinyatakan di atas bermaksud seseorang perlu memilih idea dan kepercayaan yang sesuai dengan dirinya dan dalam masa yang sama mempunyai pandangan yang terbuka untuk menerima idea dan konsep baru yang muncul dan sedia untuk mengubah mengikut peredaran masa.  

Artikel motivasi - Hukum Memberi dan Menerima Oleh di Vered (Tanmayo) Neta  
Sejak saya ingat, saya suka memberi. Saya biasa memberi buku nota saya kepada kanak-kanak lain, berkongsi pakaian saya dan juga memberikan hadiah yang saya telah diterima untuk hari jadi saya. Ibu saya mengkritik saya dan mengatakan bahawa saya telah cuba untuk membeli persahabatan mereka. Mungkin dia betul, tetapi saya mendapati keseronokan memberi dan berkongsi barang- barang peribadi saya.  

Apabila semakin dewasa, saya mendapati bahawa kebanyakan orang berfikir seperti ibu saya. Saya cuba untuk menyembunyikan perasaan saya dengan menjadi sukarelawan untuk semua jenis aktiviti. Tetapi sekali lagi saya mendapat mesej bahawa saya telah membuang masa saya, kerana saya tidak mendapat bayaran untuk semua kerja keras ". Akhir sekali, saya berhenti.  

Setelah bertahun-tahun, saya mendapati diri saya seolah-olah telah mati dan tiada apa-apa kegembiraan sebenar. Saya sedar bahawa saya telah kehilangan satu sumber kebahagiaan – keindahan menyumbang. Dengan kesedaran ini, saya mula mengamalkan Hukum Memberi dan Menerima. Sama ada barangan, konsep mental atau hanya doa
.  
Risalah ini adalah salah satu cara kami menyumbang. Ia adalah peluang kami untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan kami.  

Selepas setahun, saya kagum dengan berapa banyak yang telah diterima. Saya berterima kasih kepada semua orang-orang yang mengizinkan kami untuk berkongsi kehidupan dengan mereka. 

Ini adalah bagaimana Hukum Memberi dan Menerima berfungsi.  

Memberi adalah lawan dari menerima. Oleh itu jika anda mahu menerima apa-apa dalam hidup anda, anda perlu memberi. Ia adalah semudah itu.

                                             
                                



  Nota  : Orang kata "kubur kau kubur kau, kubur aku kubur aku" Agak agak ada tak ditanya dalam kubur nanti, kenapa jiran kita pergi merompak/melacur sebab tak cukup makan sedangkan dia tiap tiap minggu makan kat Secret Recipe. Sekiranya ditanya. Apa kita boleh jawab pada malaikat? Bukan orang kaya je perlu jawab mana dia belanjakan hartanya. Setiap dari kita akan ditanya. So adakah wang yang kita belanjakan hari ni, benar benar kita gunakan ke arah kebaikan? Tak berlaku pembaziran?     


                                              

Dalam Surah Al- Baqarah: Ayat 195
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya"


                                

WANG HANYA DI TRANSFER TERUS ANTARA SESAMA  AHLI MENGIKUT        ARAHAN DAN ATURAN  YANG DI SEDIAKAN OLEH SISTEM ANAMPULOH.ORG.