"Terkadang ada kalanya kehadiran kita di samping orang sekeliling tidak dihargai. Hinggalah salah seorang daripadanya terlebih dahulu melangkah pergi. Walau hanya dengan beberapa pemberian yang sangat kecil pernah diperolehi".
Namun itulah yang terus dihargai dan diingati. Inilah lumrah sifatnya manusia yang jarang menghargai apa yang ada di sisi.
ERTI HIDUP DENGAN MEMBERI:
walau mungkin nampak pada mulanya tidak dihargai, lambat laun pasti ia akan meninggalkan kesan pada hati,sanubari dan diri seseorang.
Ada pepatah pernah menyebut: Jadilah seperti pokok, Walau dilontar dengan tahi, Namun ia tetap memberikan buah dan kebaikan pada hidupan sekeliling.
Ramai yang akan mempersoalkan tentang apakah sumbangan korang pada yang lain. Sama ada sumbangan pada orang perseorangan, kepimpinan,komuniti,persatuan,atau pun “kelab”.
Namun acap kali inilah yang menjadi persoalan dan bualan orang banyak.
Sedarkah kita?
:”APAKAH SUMBANGAN TELAH AKU BERIKAN PADA ORANG YANG LAIN?”
“Tangan yang menghulur adalah lebih baik daripada tangan yang menerima”
Sedarlah bahawa tiada apa yang akan kekal abadi. Sebelum kita semua melangkah pergi. Persiapkanlah segala bekalan untuk diri. Kelak kita jangan menyesal di kemudian hari. Semoga HIDUP UNTUK MEMBERI ini dapat menjadi antara salah satu sumbangan kita yang berterusan selepas kita mati.
Biarlah jasad kita mati pada hari ini, namun segala kebaikan yang kita tinggalkan akan terus memberi kurniaan pahala pada diri kita hingga hari qiamat nanti. Semoga segala pemberian yang pernah diberi akan menjadi salah satu amal jariah kita yang akan berterusan buat diri sendiri lebih-lebih lagi.
“Sebaik-baik manusia diantara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain” H.R. Bukhari
Kami percaya Pencipta kita mencipta Bumi ini dengan kemewahan yang mencukupi untuk setiap lelaki, wanita dan anak-anak. Tetapi, ada sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat kita sehingga kita gagal untuk menikmatinya
No comments:
Post a Comment