Bacalah wahai sahabat


"Read: In the Name of your Lord Who created,"


"Bacalah,
dengan menyebut nama tuhanmu yang menciptakan."
itu ayat terawal dari tuhan di dalam kitab suci.

Memberi isyarat betapa besarnya dan pentingnya untuk membaca..

Membaca, bukan sekadar menggabung huruf jadi perkataan.
Bukan sekadar menggabung perkataan jadi cerita.
Bukan sekadar membaca yang tertulis di dalam buku
Bukan sekadar untuk pelajar sekolah atau universiti sahaja..

Ia lebih luas.
Sangat luas.
Membaca alam. Membaca persekitaran. Membaca sekeliling. Membaca ekonomi. Membaca bicara manusia lain. Membaca situasi dan berita semasa. Membaca halatuju sebuah negara.
Dan terlalu banyak lagi perlu dibaca dengan mata, telinga dan mulut, juga minda dan hati..

Setakat membaca sungguh sungguh untuk pandai dan lulus cemerlang dalam akademik tidak cukup.
Jika tidak membacanya itu dengan menyebut nama tuhan, yang mengilhamkan pemahaman dan panduan dalam bacaan.
Yang seterusnya menentukan halatuju hidupnya.

Membaca akan dapat memahami sesuatu yang tersurat di luaran.
Tapi membaca dengan menyebut nama tuhan akan memahami dan mendalam isi tersirat di dalaman.

Membaca graf.
Membaca candlestick.
Membaca moving average.
Membaca news.
Membaca price action.
Dan banyak lagi bacaan...
tidak akan mendatang hasil jika bacaan itu tidak disertakan dengan menyebut nama tuhan yang menciptakan ilmu kepada seluruh manusia.

Macam mana kita nak buat keputusan untuk sesuatu yang belum terjadi..

Kita tak tahu banyak benda.
Dengan membaca kita akan tahu sedikit demi sedikit..
Tapi sekadar tahu, tak cukup,
kerana apa yang kita tahu walau kita rasa dah cukup pandai,
sebenarnya sangat sedikit berbanding  Dia yang Maha Mengetahui
Jika dicompare umpama setitis air di lautan yang besar.
Jadi, kita mintak tolong dan guidance dari Dia,
Agar Dia gerakkan hati kita
dan pembuatan keputusan kita dan segala action, adalah yang terbaik.

Juga,
dalam solat ada masanya perlu baca perlahan
ada masanya perlu lafaz yang  kuat.
Jadi sama juga dalam 'bacaan' dalam hidup harian,
praktikkan untuk 'membaca' dengan kuat
agar telinga kita turut mendengar 'bacaan' kita,
dan mesej itu sampai di deria telinga untuk diproses dalam tiap decision making

Walau apa yang sedang kita baca sekarang,
Bacalah, dengan menyebut nama tuhan yang menciptakan...

Bismillaah..

No comments:

Post a Comment