Tajuk di atas mungkin mengelirukan anda. Anda keliru antara fakta dan mitos kerana anda mendengar kenyataan daripada mereka yang tidak tahu dan jelas dengan peluang perniagaan di internet.
( jutawan-jutawan internet dunia)
Tambahan orang sebegini juga belum pun memulakan perniagaan internet mereka sendiri. Jadi, bila mereka merapu dan skeptikal maka anda juga akan turut sama.
"Masuk angin, keluar asap" adalah satu kenyataan yang amat sesuai sekali untuk mereka. Adakah anda juga adalah orang yang dimaksudkan itu?.
Jika tidak, teruskan membaca perenggan penting yang seterusnya... Secara amnya:
terdapat 3 jenis model menjana pendapatan daripada internet.Jika anda sudah tahu, sila abaikan maklumat ini dan pergi ke perenggan seterusnya selepas 3 kotak info di bawah ini untuk didedahkan dengan lebih banyak rahsia:
#1 Perniagaan Internet:
:Anda merupakan peniaga atau pedagang yang mempunyai produk atau perkhidmatan untuk ditawarkan kepada prospek. Jika anda mempunyai urusniaga yang berlangsung secara online maka ianya adalah dalam kategori ini. Sama ada anda mempunyai perniagaan dunia nyata atau keseluruhannya maya, perniagaan internet adalah satu peluang yang dapat melipatgandakan keuntungan perniagaan anda.Pasaran anda adalah satu dunia. Tambahan lagi, 90% urusniaga dapat diautomasikan. Kos dapat dikurangkan dengan begitu banyak sekali. Selebihnya adalah untung bersih yang amat lumayan.
!#2 Pemasaran Internet:
Ianya lebih tertumpu kepada kaedah untuk mempromosi, mengiklan, menjual, menghantar produk atau perkhidmatan dan sehinggalah menyediakan khidmat sokongan kepada prospek dan pelanggan anda.
Terdapat 101 cara untuk anda pilih sebagai strategi pemasaran internet.Untuk membuat duit dan menjana keuntungan secara online, 90% adalah bergantung kepada strategi pemasaran internet anda.
Terdapat 101 cara untuk anda pilih sebagai strategi pemasaran internet.Untuk membuat duit dan menjana keuntungan secara online, 90% adalah bergantung kepada strategi pemasaran internet anda.
Produk hebat tetapi strategi pemasaran anda lemah maka kegagalan adalah pasti untuk anda.Tidak kira sama ada anda mempunyai perniagaan internet sendiri atau sekadar affiliate yang mempromosi produk orang lain,
kejayaan membuat keuntungan anda adalah bergantung sepenuhnya kepada usaha pemasaran internet anda.
kejayaan membuat keuntungan anda adalah bergantung sepenuhnya kepada usaha pemasaran internet anda.
#3 Pelaburan Internet:!!!!!!!!!awas!!!!!!!!!!!
Scam Saya melabelkan yang ketiga ini sebagai "pelaburan internet scam"!!!!!!atau CERITA SERAM kerana tidak kesemua pelaburan di internet itu tidak sah. Asalkan maklumat pelaburan tersebut jelas dan diiktiraf maka, ianya adalah sah dan selamat.
Jelas bermaksud transparen dan tidak berselindung.
Diiktiraf bermaksud disokong dan disahkan oleh satu badan atau pihak yang berlesen dan bertauliah.
Memandangkan kebanyakan urusniaga sesuatu perniagaan boleh diautomasikan melalui internet maka sesetengah broker saham berlesen menyediakan perkhidmatan jual beli saham melalui sistem mereka yang disokong oleh teknologi internet dan sistem perbankkan Eletronik seperti maybank2u dan lain-lain.
Itu pun setiap urusniaga masih lagi di sokong oleh kontrak tertentu di samping pendedahan maklumat pelaburan yang sangat jelas yang telah diluluskan pihak berkuasa dan bertauliah.
Malangnya!!!, hampir 90% skim atau pelaburan internet yang wujud sekarang ini tidak pun mempunyai ciri-ciri tersebut. Ini semua satu komplot yang tujuan mereka hanya satu, memanipulasi perasaaan tamak yang wujud dalam diri anda demi untuk keuntungan mereka.
Komplot ini berselindung disebalik skim piramid. Tidak dinafikan ada individu tertentu yang berjaya membuat untung dengan skim temberang begini, tetapi mereka hanyalah sebagai kambing hitam yang dijadikan agenda tersembunyi komplot tersebut.
Selalunya, yang buat untung adalah kumpulan pertama yang melabur agar dapat dijadikan testimonial sebagai "umpan" untuk tarik lebih banyak mangsa.
Selepas beberapa pusingan pembayaran, komplot ini akan menutup laman web pelaburan mereka dan membawa lari kesemua wang anda.Lalu komplot ini akan gunakan sebahagian kecil wang yang dilarikan tadi untuk membuka laman pelaburan internet yang baru.
Kitaran ini akan terus berlaku sebab terdapatnya sambutan daripada golongan pelabur yang tamak ini. Anda ternganga.
Duit yang anda bersusah payah dapatkan kini dilesapkan begitu sahaja sekelip mata. Untuk mengenal skim pelaburan internet scam ini amat mudah.
Jika ianya menjanjikan pulangan yang amat besar dan lumayan tanpa anda berusaha, tidak mendedahkan siapakah mereka yang mahu sangat menguruskan duit anda dan tidak pula mendedahkan kaedah mereka melabur dan membuat untung, maka jauhi mereka dengan serta merta.
Jika anda serius untuk menjana pendapatan melalui internet, maka kaedah #1 dan #2 di atas adalah paling selamat dan menguntungkan. Tetapi, jika anda masih berdegil untuk melabur wang anda dalam pelaburan internet scam, sila pergi ke laman web atau syarikat lain.
Laman web ini bukan untuk para pelabur tamak seperti anda. Sertai para pelabur internet "profesional" yang lain dan leburkan sahaja duit anda. Kelompok sebegini lebih ramai yang pokai daripada yang kaya.
iNFO sebegini penting kerana Semua ini demi memenuhi keperluan masyarakat dalam mereka mengejar arus dunia teknologi maklumat (ICT) yang begitu pesat agar generasi mereka tidak tertingal dan mundur dan lagi supaya empayar perniagaan Anda kukuh tidak digugat perubahan ekonomi semasa dengan cara ini saya mencari keberkatan demi sayangnya saya kepada agama,Negara dan juga bangsa.
No comments:
Post a Comment